Monday 17 December 2012

Mari baca blog saya,....


MARI BERFIKIR SEBELUM LELAPKAN MATA...

Tadi sy membaca surah Haqqah. Sy terfikir 'mengapa Allah bnyk sangat ceritakan kiamat/syurga/neraka, then ditutupi dgn nasihat 'takwalah kpd Allah?'

Renung punya renung, sy dpt petik salah-satu nikmatnya. Manusia bila bermasalah, sering kita ingin menyelesaikan 'presenting problem' bukannya 'real problem'.

Contohnya, kita sedih bila harta hilang, tak kaya2
 walaupun dah lama berniaga, kerja tak dpt, panik bila hutang bertimbun dll.

Selalunya kita cuba selesaikan masalaah ini. Tetapi ia sebenarnya hanya presenting problem. Maka apa real problemnya hingga kita sering keluh-kesah dan gelisah ya?

Real problem manusia ialah Allah 'tiada' dlm jiwa. Kiamat tiada dlm ingatan. Tidak ingat mati. Even, kita sibuk cari duit beli rumah paling ideal di dunia, locationnya dipilih betul2 tanpa pernah kita terfikir 'dimana location rumah sy di syurga nanti, sebelah mahligai imam syafie kah?'

Disebabkan itulah bijaknya Allah always remind kita kiamat/takwa kernaa bila ia sudah ada, real problem pun selesai. Presenting problem tiada. Hati tenang sebab 'Dia' ada dlm awareness kita...

Jo start fikir 'kita nak tinggal di syurga tingkat berapa? Nak berjumpa Rasul berapa kali utk belajar direct dgn baginda? Nak bersembang dgn para ulama mulia spt Imam Syafie dll ke tidak? 

Menetap di syurga perlu diimaginasi, agar usaha kita berlipat ganda!
Kongsi sikit....

SURAH KAFIRUN : ANAK ANDA 'ROKET' CANGGIH ITU, KEMANA TERBANGNYA? ANGKASA ATAU MENJUNAM KE LAUT?

Surah Kafirun semua org hafaz. Bila ditanya apa cerita disebaliknya semua orang tahu. Tetapi sedarkah anda, jika maknanya diimplitasi betul2 sebagai karakter anak, ia boleh atasi separuh masalah popular remaja?

Surah ini menekankan point bahawa anak2 kita perlu memiliki jatidiri islam yang kukuh dala
m jiwanya.

Soalnya apa bahaya jika tidak punya jatidiri islami? 

Ini pointnya : Tidak punya jatidiri islam bermakna hilang panduan hidup.

Ya mereka pandai, bijaksana. Kelulusannya terbaik. Kata2nya bijak. Bila berhujah, seluruh petikan pujangga ada dlm minda. Tapi sayang seribu kali sayang, Allah tiada dlm kamus tujuan hidupnya.

Apa impak semua ini? Sy mudahkan lg pemahaman : Anak anda dengan segala kelebihan dan kepintarannya, ia umpama roket tercanggih yg sedang hendak 'launching'. 

Tahu ke mana tujuan roket dilancarkan? Ke angkasaraya bukan? Itulah matlamat terunggulnya. Tp 'roket' anak anda yg serba canggih itu telah diprogramkan utk launching, terbang meluncur ke angkasa tetapi 3 minit kemudian ia berputar arah jatuh ke dalam laut! 

Tujuannya bukan explore angkasa (lifestye islam yg mengarah ke Jannah) tetapi terhempas ke dalam laut (lifestyle ke neraka!)...

MORAL : Cabaran anak kita amat besar. Mereka tidak disogok 'masuklah agama kami' secara direct, tetapi ditawarkan 'jom ikut lifestyle kami yg letakkan Tuhan nombor last. Berhibur dlu. Materialistik dlu...

Elok dari sekarang kita filterkan pemikiran mereka dgn surah ini. Ajarkan mereka 'Lakum dinukum waliyadiin' : kamu lifestye kamu, saya lifestyle saya!

Bismillah. Tip tidak habis duit dan tidak stres | Mengamalkan konsep tidak membeli dan menyimpan barangan yang tidak disentuh melebihi 6 bulan. 

Ini bermakna kita hanya membeli dan mengekalkan barangan yang kita sering guna dan memberikan manfaat kepada kita.


Barangan hiasan, adalah barangan yang paling banyak yang kita tidak sentuh dalam tempoh 6 bulan. Bekas -bekas dan hiasan perayaan juga adalah barangan yang kita sentuh hanya 1 tahun sekali.



Tidak perlu menyimpan set pinggan mangkuk lengkap untuk tetamu,, gunakan sahaja pinggan mangkuk yang kita gunakan hari-hari.



Tip ini ditujukan kepada tuan dan cik puan yang ingin jimat duit dan pada masa yang sama tidak risau apa orang lain kata.
Bismillah...

Tip bagi memastikan suami bertambah suka kepada kita, dari sudut pengurusan kewangan | Elakkan membeli barangan hiasan dan elakkan menjadikan rumah tempat perlupusan sampah ataupun pengumpulan barangan muzium. 

Kita sudah ada muzium, elakkan menjadikan rumah kita muzium kedua, kerana kosnya tinggi.

Majoriti lelaki bernama suami sukakan rumah seperti bilik hotel. Ada barangan yang perlu sahaja.

Duit yang jimat itu digunakan bagi memiliki lebih banyak aset termasuk tanah lot.
Buat Renungan Bersama.....

Indah bahasa Allah dalam al-Quran untuk perkataan suami isteri menunjukkan perkataan yang sama. Berbanding denga bhsa lain, perkataan suami dan prktaan utk isteri berbeza. Misalnya dlm Inggeris , perktaan suami ialah ‘husband’ mnkla utk isteri ialah ‘wife’. Sementara dalam bhasa Perancis pula , suami ialah ‘mari’ mnakala ‘femme’ utk isteri.

Dalam al-Quran , suami dan isteri tdk disebut dgn dua prkataan y berbeza iaitu ‘zaujuh’ dan ‘zaujati’ .Hnya stu perkataan yg digunakan iaitu ‘zaujuh’ y bermakna pasangan. Islam melihat suami dan isteri sbgaia pasangan , penutup dan pelindung antra satu sama lain. Mereka dilihat sbgai pasangan bukan berasingan.


Apabila kita kata sepasang stokin , atau sepasang kasut , tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Tentulah kita tidak boleh menganggap stokin kanan lebih baik dari stokin kiri. Begitulah sepasang suami isteri yg dicatat dalam Islam.


Namun gelaran ‘zaujuh’ itu hanya diberi kepada wanita yang sama-sama beriman seperti suaminya. Bagi isteri yang tidak beriman atau derhaka seperti isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Dalam al-Quran mereka disebut sebagai ‘imraah’ kerana wanita seperti itu tidak dianggap sebagai perlengkap hidup pada suaminya.

Tuesday 11 December 2012

SUKAR NAK MENGAJAR ANAK INTI SURAH FATIHAH?


Fatihah selalu kita baca, tapi bila anak bertanya 'mak/abah, apa yg tuhan nak beritahu adik dlm surah ni'


Pening juga nak jawab yea....takpe, sy kongsikan 10 point utk anda share dgn anak2 anda :)

Adik-adik, dalam surah Al-Fatihah, Allah s.w.t Tuhan yang kita sayangi menasihatkan :

1. Jika kita hendak lakukan sesuatu samada bekerja, bersembang, bermain, apa sahaja. Mulakannya dengan Bismillah.


2. Bila kerja itu dimulakan dengan bismillah, kita sedang berkata dengan diri ’saya buat kerja ini kerana Allah, Tuhan yang amat menyayangi dan merahmati saya.

3. Baik betul Allah kepada kita. Dia berikan kita banyak benda di dunia ini secara percuma saja. Maka kita perlulah beryukur dan berterima kasih kepadanya ya. Selalu ucapkan ’Alhamdulillah’.

4. Allah itu ada banyak sifat. Tapi Dia lebih suka jika kita kenal Dia sebagai Tuhan yang bersifat Ar-Rahman & Ar-Rahim : Tuhan yang Maha sayang, cinta dan ambil berat keadaan kita.

5. Jika di dunia kita boleh buat apa sahaja, tetapi di hari Akhirat, tiada seorang pun boleh buat sesuatu kecuali selepas Allah izinkan. Ketika itu, dia yang menguasai segala-galanya.

6. Kita perlu menyembah Allah sahaja kerana Dia Tuhan yang boleh buat apa sahaja. Dia Amat berkuasa. Barulah ’best’ jika kita ada Tuhan yang Maha ’superpower’ bukan?

7. Jika kita nak minta tolong atau sedang dalam kesusahan pun, kita perlu banyak berdoa kepada Allah. Pasti Dia akan tolong kita.

8. Dalam hidup ini, kita perlu berhati-hati ya jangan sampai tersesat jalan. Selalu ikut apa yang Allah ajar dalam Al-Quran dan apa yang Rasul kata, kita pasti takkan hilang pedoman.

9. Kata Allah, ikutilah cara hidup orang yang Allah sayangi seperti para Rasul, Nabi dan orang soleh. Baru kita disayangi Allah dan selamat dunia akhirat.

10. Allah juga berpesan, jangan kita tersilap idola hingga terikut cara hidup yang diamalkan oleh orang yang tak percaya Allah. Nanti kita pun sama seperti mereka, dimarahi Allah.

Tip Menakluk Hati...
1.Doa
2.Tonjolkan akhlak yang mulia
3.Menjaga dan memelihara kebajikan
-contohnya nafkah dan menyempurnakan kehidupan orang yang kita sayang
4.Perhatian dan kasih sayang
- sebanyak mana yang kita bagi sebanyak itu yang kita akan dapat.
-tarik perhatian dengan nama- nama/ gelaran yang disenangi.
5.Bersambung minggu depan