SUKAR NAK MENGAJAR ANAK INTI SURAH FATIHAH?
Fatihah selalu kita baca, tapi bila anak bertanya 'mak/abah, apa yg tuhan nak beritahu adik dlm surah ni'
Pening juga nak jawab yea....takpe, sy kongsikan 10 point utk anda share dgn anak2 anda :)
Adik-adik, dalam surah Al-Fatihah, Allah s.w.t Tuhan yang kita sayangi menasihatkan :
1. Jika kita hendak lakukan sesuatu samada bekerja, bersembang, bermain, apa sahaja. Mulakannya dengan Bismillah.
2. Bila kerja itu dimulakan dengan bismillah, kita sedang berkata dengan diri ’saya buat kerja ini kerana Allah, Tuhan yang amat menyayangi dan merahmati saya.
3. Baik betul Allah kepada kita. Dia berikan kita banyak benda di dunia ini secara percuma saja. Maka kita perlulah beryukur dan berterima kasih kepadanya ya. Selalu ucapkan ’Alhamdulillah’.
4. Allah itu ada banyak sifat. Tapi Dia lebih suka jika kita kenal Dia sebagai Tuhan yang bersifat Ar-Rahman & Ar-Rahim : Tuhan yang Maha sayang, cinta dan ambil berat keadaan kita.
5. Jika di dunia kita boleh buat apa sahaja, tetapi di hari Akhirat, tiada seorang pun boleh buat sesuatu kecuali selepas Allah izinkan. Ketika itu, dia yang menguasai segala-galanya.
6. Kita perlu menyembah Allah sahaja kerana Dia Tuhan yang boleh buat apa sahaja. Dia Amat berkuasa. Barulah ’best’ jika kita ada Tuhan yang Maha ’superpower’ bukan?
7. Jika kita nak minta tolong atau sedang dalam kesusahan pun, kita perlu banyak berdoa kepada Allah. Pasti Dia akan tolong kita.
8. Dalam hidup ini, kita perlu berhati-hati ya jangan sampai tersesat jalan. Selalu ikut apa yang Allah ajar dalam Al-Quran dan apa yang Rasul kata, kita pasti takkan hilang pedoman.
9. Kata Allah, ikutilah cara hidup orang yang Allah sayangi seperti para Rasul, Nabi dan orang soleh. Baru kita disayangi Allah dan selamat dunia akhirat.
10. Allah juga berpesan, jangan kita tersilap idola hingga terikut cara hidup yang diamalkan oleh orang yang tak percaya Allah. Nanti kita pun sama seperti mereka, dimarahi Allah.
No comments:
Post a Comment