Monday, 10 December 2012

SHARE DENGAN ANAK ANDA POINT DARI SURAH AN-NAAS :
Adik-adik, dalam surah Al-Naas, Allah s.w.t Tuhan yang kita sayangi menasihatkan :

1. Allah boleh bantu kita atasi apa jua masalah kerana Dialah yang cipta dan jaga kita 24 jam setiap hari. 
2. Allah juga ada kuasa luarbiasa untuk buat apa sahaja. Kalau tak ada Dia boleh adakan. Kalau dah tersilap pun Dia boleh betulkan. Semuanya mudah sahaja bagi Allah. 
3. Di dunia ini kita ada musuh. Ia terdiri dari manusia, syaitan, jin dan nafsu. 
4. Kita perlu berhati-hati dengan musuh yang tidak dilihat seperti nafsu, jin dan syaitan kerana mereka boleh mempengaruhi fikiran kita untuk lakukan perkara tidak baik tanpa disedari. 
5. Perkara tidak baik yang dibisikkan itu merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kita risau, takut, ragu-ragu dan tidak yakin pada diri sendiri. 
6. Jika kita merasa ragu-ragu dan tidak yakin, banyakkanlah membaca surah ini dan mohon perlindungan Allah. 
7. Kita juga perlu berhati-hati dengan cakap-cakap manusia. Jangan ikuti kata-kata negatif seperti membenci orang lain & mengumpat rakan. 
8. Nasihatkan mereka agar tidak melakukannya lagi. Katakan yang Allah tidak suka perbuatan demikian. 
9. Jika kita yakin pada diri sendiri dan sentiasa memohon kepada Allah untuk bantu kuatkan keyakinan, tentu kita boleh lakukan apa sahaja. 
10. Allah tentu suka, pelihara dan sayang bila kita banyak menyumbangkan perkara terbaik untuk agamaNya.

No comments:

Post a Comment