Monday, 17 December 2012

Kongsi sikit....

SURAH KAFIRUN : ANAK ANDA 'ROKET' CANGGIH ITU, KEMANA TERBANGNYA? ANGKASA ATAU MENJUNAM KE LAUT?

Surah Kafirun semua org hafaz. Bila ditanya apa cerita disebaliknya semua orang tahu. Tetapi sedarkah anda, jika maknanya diimplitasi betul2 sebagai karakter anak, ia boleh atasi separuh masalah popular remaja?

Surah ini menekankan point bahawa anak2 kita perlu memiliki jatidiri islam yang kukuh dala
m jiwanya.

Soalnya apa bahaya jika tidak punya jatidiri islami? 

Ini pointnya : Tidak punya jatidiri islam bermakna hilang panduan hidup.

Ya mereka pandai, bijaksana. Kelulusannya terbaik. Kata2nya bijak. Bila berhujah, seluruh petikan pujangga ada dlm minda. Tapi sayang seribu kali sayang, Allah tiada dlm kamus tujuan hidupnya.

Apa impak semua ini? Sy mudahkan lg pemahaman : Anak anda dengan segala kelebihan dan kepintarannya, ia umpama roket tercanggih yg sedang hendak 'launching'. 

Tahu ke mana tujuan roket dilancarkan? Ke angkasaraya bukan? Itulah matlamat terunggulnya. Tp 'roket' anak anda yg serba canggih itu telah diprogramkan utk launching, terbang meluncur ke angkasa tetapi 3 minit kemudian ia berputar arah jatuh ke dalam laut! 

Tujuannya bukan explore angkasa (lifestye islam yg mengarah ke Jannah) tetapi terhempas ke dalam laut (lifestyle ke neraka!)...

MORAL : Cabaran anak kita amat besar. Mereka tidak disogok 'masuklah agama kami' secara direct, tetapi ditawarkan 'jom ikut lifestyle kami yg letakkan Tuhan nombor last. Berhibur dlu. Materialistik dlu...

Elok dari sekarang kita filterkan pemikiran mereka dgn surah ini. Ajarkan mereka 'Lakum dinukum waliyadiin' : kamu lifestye kamu, saya lifestyle saya!

No comments:

Post a Comment