Monday 10 December 2012

Add caption
saya di puncak gunung datuk rembau N.9...

di sini saya buat sedikit catatan ringkas mengenai panduan ke Gunung Datuk. akan saya update lagi bila2 nanti...
Gunung Datuk Negeri Sembilan terletak di Rembau, Negeri Sembilan. Ianya adalah sebuah gunung yang mempunyai pelbagai kisah misteri. Terletak didalam perjalanan Seremban-Rembau-Tampin, dan sekiranya dari arah Seremban, Gunung ini terletak di sebelah kiri perjalanan.
Gunung Datok sebenarnya adalah Gunung yang rendah.. ( bukit sebenarnya). Dengan ketinggian hanya di sekitar 880meter, gunung ini agak mudah untuk didaki. namun begitu cabaran hanya datang apabila pendaki2 melayan trek baru yg canak sekarang. namun begitu, trek akan menjadi lebih kurang canaknya apabila melepasi checkpoint pertama di kawasan pondok yang roboh sekitar 1/3 perjalanan.
okeh ... kita mula dari pangkal...
namun begitu, saya cuma akan upload ckit gegambo untuk panduan, sebab, tak pernah lak terpikir nak buat mcm nie dari dulu..
zaman dolu2..
masa dolu2, kami tiada transport untuk ke ke kaki gunung datok. dan di kaki gunung datok pula tiada lagi banggunan yg didirikan oleh org kampung. Maka, setiap pendaki akan melaporkan diri dahulu di Balai Polis Kota. Pendaki yang datang dengan bas, selalunya akan pergi ke Pekan Kota ini untuk membeli barang2 ration atau last kopek makan2. lepas tu akan buat report kat balai polis situ. Kemudian, pendaki ada dua pilihan, samada nak berjalan kaki ke kaki gunung melalui trek shortcut belakang railway tu atau mendapatkan kemudahan kereta sapu. kereta sapu yg selalu saya gunakan ialah anak nyonya yang kedai runcitnye terletak dalam simpang ke pejabat pos. kedai runcit ni tersorok. tapi kebaikan budi bahasa nyonya dan anaknya nie, buatkan saya menggunakan khidmatnya agak lama bila saya malas nak jalan kaki...
pendaki yang menaiki kereta pula boleh samada melalui jalan Bongek ataupun Kota. Simpang Bongek adalah di sebelah kiri jalan ( ada signboard ) sebelum pekan Kota dan simpang Kota pula juga di sebelah kiri jalan, selepas Pekan dan Balai Polis Kota. sekiranya dari Bongek, akan ikut jalan kampung dalam 10 minit ke simpang kaki gunung, juga ada signboard. dari simpang tersebut, jalan dia kecil, dan agak bahaya, ada belok2 dan simpang. asalkan guna laluan utama, takkan tersalah jalannyer.
ikut jalan ini, ( skrg dah bertar! ) sehingga akan ada satu kawasan lapang, dan generator... ntah hape namenye ntah.. di sebelah kanan. Dulu dari sini. pendaki akan park kereta dan ikut trek kebun... kalo ikut sini, ada satu trek di sebelah kanan ( cross sungai kecik dulu ) jalan ikut trek sampai jumpa sungai di sebelah kanan, dan ada kawasan lapang ckit di sebelah kanan. dari situ, cross sungai dan teruskan perjalanan, sampai padang pacat, kebun, sehinggalah ke pondok tengah ( check point 1 ). tapi jalan nie dah tak boleh dilalui lagi, sangat bahaya, takleh parking, dan banyak binatang chome2...
apabila perjalanan di teruskan, sehingga ke hujungnya, anda akan sampai ke satu kawasan yang sudah membangun, ada banggunan, gerai ( siap ada astro lagi kau!! ), dewan, tandas, pondok2 dan empangan kecil. perlulah diambil perhatian, dalam perjalanan ini ada lubang, jalan yg kecil, dan kebarangkalian untuk berselisih dengan kereta akan memeningkan kepala.
setelah anda parking kereta di sini, anda boleh nampak ada astaka/dewan di atas bukit ngan toilet. anda perlu melaporkan diri disitu. anda akan mengisi borang dan dikenakan bayaran yang sangat mahal!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1 iaitu RM 1 seorang!!!! tau kat gunung ledang, malu la kau... kena boikot la kau ledang woi... kemudian... setelah bersedia, anda akan nampak ada satu trek menuruni ke arah sungai... hmmm... trek nie berupa tangga simen di sebelah kanan...
selalunya, pendaki akan port kat sebelah sungai di bawah tu, utk doa2 n warming up. kawasan nie adalah kawasan lapang di empangan kecil di bawah,
kemudian, untuk senang, sila cross sungai itu ke arah tandas busuk di seberang sungai tersebut. anda akan lihat ada trek untuk ke campsite sampah di atas. apabila anda ikut trek nie, anda akan sampai ke campsite, sila mengarah ke kiri, anda akan langkah 2 balak kecil yg tumbang. kemudian, anda akan bertembung dengan simpang tiga, ikut kanan!....
okeh, sekiranya di ikut seperti yg dikatakan, anda akan sampai ke celah satu batu besau... ikut sajo trek.. sampai anda jumpa trek yg mencanak... namunbegitu, perlu dingatkan bahawa, trek nie dah hancur.. dah besar... banyak batu2 kecil telah terkeluar akibat di sungkit oleh pendaki2. oleh itu, sekiranya mendaki malam, pastikan anda tak tersesat... sebab dalam trek canak nie, ada satu kawasan yg sepatutnya menghimpit ke kanan... tapi tak beberapa nampak.. sebab kawasan sekitar tu dah terang...
anda teruskan perjalanan sampailah ke checkpoint1. di checkpoint nie, ada tunggul pokok, ada pokok kecil yg tumbang, sekarang nie port duduk, ada 2 pondok yang dah roboh... di sebelah kanan, seakan akan ada trek utk turun... untuk pengetahuan kawan2, ini adalah trek sekiranya naik dari trek bawah/ trek kebun...
perjalanan di teruskan dan kawan2 akan sampai ke puncak dalam sejam ke sejam setengah paling lambat.
bila sampai di campsite puncak, ada bangkai pondok roboh juga. sekiranya anda lihat di sebelah kanan, anda akan lihat trek ke campsite no2, dan trek menurun untuk ke waterpoint. ada lebih bagus kalo tak ikut sini waktu malam, sebab jauh, pacak, dan kawasan "kampung".. tapi trek ini juga membawa ke Lubuk Petai da legend.kalo nak ikut sini, ikut siang laa, dan kalo malam, pasang la dinding besi sikit... ha ha ha
okeh di sebelah kiri pula, ada bongkahan batu2 besar... sekiranya nak ke puncak, atau nak pasang khemah kat atas nie pun bole. bila naik je batu nie, sekiranya diteruskan, anda akan melalui trek ke gua... tapi dah semak laa. untuk ke puncak, anda akan ke sebelah kanan, dan anda akan lihat ada lagi batu2... leh rujuk gambo2 kat atas yee...
anda akan nampak tangga tegak... untuk naik tangga nie, kena naik batu curam depan Gua pertama. kalo masuk dalam gua nie bikin port juga best... dan ada jalan untuk ke gua2 di bawah yg lelainnya. okeh, pendek cerite, anda akan terus naik... naikk.. sampai la takder benda nak naik... papehal pun, saya letakkan sikit gambo untuk panduan.. gambo puncak, malas nak letak.. memang cun. puas hati punyer. dan kalo malam bintang banyak tu, selalu saya tido di puncak batu atas sekali. agas banyak wooo...

No comments:

Post a Comment