Bismillah. Tip tidak habis duit dan tidak stres | Mengamalkan konsep tidak membeli dan menyimpan barangan yang tidak disentuh melebihi 6 bulan.
Ini bermakna kita hanya membeli dan mengekalkan barangan yang kita sering guna dan memberikan manfaat kepada kita.
Barangan hiasan, adalah barangan yang paling banyak yang kita tidak sentuh dalam tempoh 6 bulan. Bekas -bekas dan hiasan perayaan juga adalah barangan yang kita sentuh hanya 1 tahun sekali.
Tidak perlu menyimpan set pinggan mangkuk lengkap untuk tetamu,, gunakan sahaja pinggan mangkuk yang kita gunakan hari-hari.
Tip ini ditujukan kepada tuan dan cik puan yang ingin jimat duit dan pada masa yang sama tidak risau apa orang lain kata.
No comments:
Post a Comment