Monday, 10 December 2012



Keikhlasan dalam pekerjaan dan kehidupan ini membuatkan kita menjadi sangat kuat dan hebat. Sehingga tiada orang yang mampu meletakkan harga pada diri kita. 

Kita tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Berapa ramai orang yang kaya dan hartawan yang terus tunduk kepada Allah kerana mereka tidak dapat membeli orang miskin yang bertakwa.

Selama ini mereka sangka semua orang hanya inginkan wang ri
nggit. Tapi akhirnya mereka melihat rupanya orang miskin tadi bahagia dengan hati mereka yang hanya inginkan keredhaan Allah.

Bagi mereka, nyawa mereka boleh digadaikan demi untuk menghidupkan perintah Allah. Setakat duit sedikit pun tidak menggugat hati mereka untuk berbuat perkara yang haram.

Sampaikan pada orang-orang besar dan mereka yang berduit kami orang miskin hidup kerana Allah berikan rezeki kepada kami. Kami tidak harap langsung sebutir nasi dari kamu. Allah tuhan kami yang menjaga kami selama ini. Dialah segala-galanya.

Ikhlas ialah kita buat hanya untuk Allah sayang, terima, redha..Itulah iman. Semakin kuat iman, maka makin ikhlas seseorang itu-

Ya Allah pada malam ini kami merayu dan menangis di depanmu, berilah kami hidup hanya untuk mendapat keredhaanmu- ebit lew


No comments:

Post a Comment