Monday, 10 December 2012

SOALAN : Apakah hukum meletakkan gambar dalam FB? 
JAWAPAN : Saya sangat suka mengulas dan mengulangi kembali kata-kata daripada guruku, al Fadhli Ustaz Azhar Idrus tentang hukum muslimat meletakkan gambar dalam fb.
Firman Allah SWT:Bermaksud :dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; (terjemahan sebahagian ayat 31 surah al-Nur )Asal meletakkan gambar dalam Fb adalah HARUS! tapi adakalanya boleh menjadi MAKHRUH dan adakalanya boleh menjadi HARAM!Apa yang dimaksudkan dengan hukum HARUS?HARUS meletakkan gambar dalam fb apabila semua kawan kenalan dalam fb seseorang muslimat itu terdiri daripada sejenis kaumnya SAHAJA, dan ahli keluarga(yang mahram baginya) bagi berkongsi sesuatu gambar events, gambar keluarga dan sepertinya. (mempunyai keperluan!) dengan penampilan yang cukup beradab seperti bersama-sama rakan yang lain dalam sesuatu program atau bersama suami .Hukumnya boleh bertukar kepada MAKHRUH apabila tiada keperluan yang diperlukan untuk meletakkan gambar di dalam fb. Sekadar untuk berseronok, menunjukkan ketrampilan, tubuh badan, dan sepertinya WALAUPUN telah menutup segala AURAT. kerana dibimbangi kawan yang perempuan-perempuan yang ada berniat buruk untuk melakukkan sesuatu., iaini yang memudaratkan.Dan akhirnya, hukumnya boleh bertukar kepada HARAM apabila meletakkan gambar yang tidak menutup aurat, dengan gambar posingnya…mengalahkan artis! dan dilihat oleh orang-orang yang bukan mahram baginya. dan apapun menutup aurat(lebih kurang), tetapi tetap menaikkan nafsu syahwat bagi laki-laki, maka hukumnya tetap HARAM.Adapun yang telah dijawab oleh ulamak, Sheikh Jibrin – gambar kepala yang diletakkan dalam fb adalah tidak melebihi 1cm atau seluas anak jari! Tapi sekarang ini, bukan 1cm , gambar kepala saja besar tapak tangan dah! dengan bodynya lagi.. dengan auratnya lagi.. ingat comel sangat tunjuk gambar-gambar gitu..itulah masyarakat kita yang berada dalam keadaan jahiliah..yang suka menjadikan artis sebagai idola..orang barat sebagai bapa utama rujukan.. ulamak diketepikan.. hanya mereka yang bergelar USTAZ/USTAZAH yang mempelajari ilmu agama, selain daripada itu tidak! cukuplah pelajaran semasa dibangku sekolah rendah dan menengah.. makin berusia, makin jahil…jahil dengan ilmu agama!Saya sangat suka mengingati perkataan ini,KEJAHILAN ITU MENGHAMPIRI KEKUFURAN…Minta dijauhkan..Saya begitu yakin , walaupun ramai muslimat yang membaca post ini, tetapi hati mereka masih belum cukup bersedia untuk mendelete segala gambar-gambar posing maut yang berada dalam fb 2. Namun apapun, inilah penyampaian yang mampu yang berikan. mudah-mudahan Allah taala permudahkan urusan kita dari hari ke hari untuk kita mencari hidayah daripada-Nya.Islam tidak tidak zalim, bukan agama yang serba menghalang. tapi Islam itu indah, A Way Of Life! Semuanya telah di atur dan mempunyai peraturannya yang tersendiri. Jika kita memandu kereta/motor, kita juga pasti mengikuti peraturan jalan raya. kenapa? kerana apabila kita melanggarinya, hukuman terus dilaksanakan. tapi berbeza dengan peraturan Allah taala.. langgar.. masih diberi peluang untuk meminta kemaafan…bila habis waktu itu, barulah pembalasan yang sebenar-benarnya akan dikenakan! Wallahualam…

No comments:

Post a Comment